Thursday, November 02, 2006

My first blog

Assalamualaikum...

Aku sebernarnya tak tau apa aku nak tulis/kongsi ngan korang pasal blog aku ni... cuma mungkin aku nak share cara2 membangunkan website secara manual tanpa menggunakan tools (seperti frontpage/dremwever). Untuk pengenalan aku akan tunjukkan asas2 yg perlu korang tau mengenai webpage khususnya kod2 html dan kalu ade rezeki, aku tunjukkan pula yg lebih advance skit, iaitu menggunakan php.


HTML.
HTML (HyperText Markup Language) adalah bahasa asas yg digunakan untuk membangunkan sesebuah webpage. Walaupon anda ingin menggunakan web language yg advance seperti php, visual basic atau java, pengetahuan asas mengenai HTML adalah satu kemestian.

Untuk permulaan, kita belajar yg paling basic dahulu. Ikut step2 di bawah.

1. Open notepad (klu ni pon tak tau susah la)

2. Type HTML code seperti dibawah
<html>
<head>
<title> My first homepage</title>
</head>
<body>
Welcome to my page
</body>
</html>

3. Save kan hasil kerja anda dengan nama test.html
(untuk memudahkan anda, create satu folder khas dalam drive C:\ seperti MyPage dan letakkan hasil kerja anda dlm directory ni.)

4. Dah siap.... mudah kan??

Untuk melihat hasil kerja anda, mudah saja.
1. Buka windows explorer.
2. Buka folder MyPage
3. Double clik pada file test.html
4. Internet explorer akan terbuka secara automatic, dan anda akan dapat melihat hasil kerja anda...

Syabas...
Selamat mencuba..

--akan datang, cara2 memformat font

No comments: