Thursday, July 10, 2008

Aku kembali

Assalamualaikum...

Aku minta maaf sebab dah lama tak update blog ni...
Aku pon xpasti bagaimana penerimaan orang pada blog ni...
tapi insyallah aku akan teruskan jugak..

setakat ni aku tengah mengusahakan untuk mengumpul bahan2 utk membina laman web..

sampai ketemu lagi...
babai..

KAA

Friday, December 15, 2006

Info - 3

Ok, secara kesimpulannya dari perbincangan mengenani tag yang terdahulu, kesimpulan/summary yang boleh kita buat adalah seperti di bawah;

<HTML>
<HEAD>
<TITLE> </TITLE>
</HEAD>
<BODY>

</BODY>
</HTML>

Harini aku nak lanjutkan perbincangan mengenai tag.

Aku nak bincangkan bagaimana menggunakan tag untuk content/isi kandungan web korang.
Kalau sekadar nak buat text content yang simple memang mudah. Hanya taipkan apa yang korang nak masukkan diantara tag <BODY> dan </BODY> kemudian savekan fail tersebut dengan file extention html. Dah siap. Disini aku nak tunjukkan bagaimana kita boleh mencantikkan atau mengemaskan hasil kerja korang yang dikenali sebagai TEXT FORMATING.


<b>...</b> atau <strong>...</strong>
Perkataan diantara tag ini akan jadi bold.

<u>...</u>
Perkataan diantara tag ini akan ada lain dibawahnya

<i>...</i>
Perkataan diantara tag ini akan jadi italic format

<hr>
Masukkan line/garisan pemisah.

<big>...</big>
Saiz perkataan diantara tag ini akan jadi besar.

<small>...</small>
Saiz perkataan diantara tag ini akan jadi kecil.

<font>...</font>
Tag ini digunakan untuk memformat tulisan anda seperti jenis font, warna, saiz dan sebagainya


<br>
Fungsinya sebagai pergi ke lain seterusnya.

<p>
Untuk mewujudkan paragraf yang baru.

<center>...</center>
Perkataan diantara tag ini akan di letakkan ditengah-tengah web anda.

<pre>...</pre>
Text yang terdapat dalam tag ini akan dipaparkan sebagai mana asalnya. Jenis text yang akan dipaparkan bergantung kepada browser.

Ok, apa2 pon aku cadangkan korang bermain2/playaround la dulu dengan kod ni.
Gunakan semuanya. Aku tak dapat nak explain lebih2, tapi bila korang dah mula menggunakannya, korang akan tahu kegunaan sebenar tag2 ini...

Selamat mencuba..

Thursday, December 14, 2006

Info - 2

Terlebih dulu aku nak bgtau serba sedikit mengenai code HTML ni..

Setiap perkataan yang terdapat dalam '< ??? >', ini dinamakan tag. Contoh <HTML>.
Dan setiap tag hendaklah ditutup dengan menambah tanda '/'. Contoh </HTML>

Ok, disini aku akan listkan antara tag2 asas dan popular digunakan
<HTML> ... </HTML>
ini adalah tag asas untuk HTML.

<!--> ... <-->
tag ini digunakan untuk meletakkan comment. setiap apa yang terdapat dalam tak ini tidak akan dipaparkan di laman web korang

<head> ... </head>
tag ini amat penting terutama untuk memberikan maklumat kepada enjin carian. Buat masa ini aku akan bagitau korang yang asas2 dulu la ek.. Terdapat beberapa tag lain yang perlu korang tau yang boleh dimasukkan dalam tag ini.
<title> ... </title> : letak tajuk web korang kat sini. tajuk akan dipaparkan di kepala IE.
kita ambil yang simple dulu ek... yang lain2 nanti dulu...

<body> ... </body>
tag ni adalah tag yang paling penting sekali kerana disinilah kita akan masukkan apa saja yang korang inginkan untuk laman web korang.

Aku rasa cukup takat ni dulu...
Sebab pasni banyak lagi tag yang akan aku perkenalkan kat korang... Mungkin aku akan explain lebih detail lagi...

Ok Smpai berjumpa lagi ;)

Thursday, November 02, 2006

My first blog

Assalamualaikum...

Aku sebernarnya tak tau apa aku nak tulis/kongsi ngan korang pasal blog aku ni... cuma mungkin aku nak share cara2 membangunkan website secara manual tanpa menggunakan tools (seperti frontpage/dremwever). Untuk pengenalan aku akan tunjukkan asas2 yg perlu korang tau mengenai webpage khususnya kod2 html dan kalu ade rezeki, aku tunjukkan pula yg lebih advance skit, iaitu menggunakan php.


HTML.
HTML (HyperText Markup Language) adalah bahasa asas yg digunakan untuk membangunkan sesebuah webpage. Walaupon anda ingin menggunakan web language yg advance seperti php, visual basic atau java, pengetahuan asas mengenai HTML adalah satu kemestian.

Untuk permulaan, kita belajar yg paling basic dahulu. Ikut step2 di bawah.

1. Open notepad (klu ni pon tak tau susah la)

2. Type HTML code seperti dibawah
<html>
<head>
<title> My first homepage</title>
</head>
<body>
Welcome to my page
</body>
</html>

3. Save kan hasil kerja anda dengan nama test.html
(untuk memudahkan anda, create satu folder khas dalam drive C:\ seperti MyPage dan letakkan hasil kerja anda dlm directory ni.)

4. Dah siap.... mudah kan??

Untuk melihat hasil kerja anda, mudah saja.
1. Buka windows explorer.
2. Buka folder MyPage
3. Double clik pada file test.html
4. Internet explorer akan terbuka secara automatic, dan anda akan dapat melihat hasil kerja anda...

Syabas...
Selamat mencuba..

--akan datang, cara2 memformat font